10 Carta Dosa
10 Carta Dosa:
As'salammualaikum..
bila kita bercerita mengenai carta pasti ramai yang ingat tentang lagu,film atau artis sahaja yang ada carta kan..sebenarnya dosa pun ada carta dia sekali dengan 'hadiah' yang diberikan jika amalan dalam carta ini di amalkan..nauzubillahminzalik..
semoga ini dapat menjadi panduan kepada kita agar utk memperbaiki diri serta amalan kita.insyaALLAH..
Kepentingan menjaga solat.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.(Riwayat at-Tirmidzi)
Huraian Hadith:
i) Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya.
ii) Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya.
iii) Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar): Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.
Nilai-nilai Islam
Abdullah Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa seorang lelaki berkata kepada nabi SAW : Manakah amalan Islam yang paling baik? Nabi menjawab; Engkau memberikan makanan kepada orang-orang miskin dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang telah engkau kenal dan kepada orang yang belum engkau kenal. (al-Bukhari dan Muslim )
Huraian Hadith:
Rasulullah SAW menerangkan bahawa sebaik-baik amalan dalam syariat Islam ialah memberi makan dan bermurah hati kepada fakir miskin sama ada dengan cara menjamu mereka atau sebagainya serta mengucapkan salam sama ada kepada orang yang kita kenal atau kepada orang yang belum kita kenali. Dengan perkataan lain kita tidak boleh mengkhususkan salam hanya kepada individu-individu tertentu sahaja sebaliknya hendaklah diucapkan salam itu kepada sesiapa sahaja dari kalangan umat Islam kerana semua umat Islam adalah bersaudara.
Menjaga kerukunan hidup bermasyarakat.
Dari Abi Hurairah r.a katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.(Riwayat Muslim)
Huraian Hadith:
Mengharungi kehidupan pada zaman serba moden ini memperlihatkan kepada kita akan struktur hidup bermasyarakat Islam hari ini menjadi semakin terlalu individualistik. Sesungguhnya sebagai agama keamanan', Islam sangat menuntut umatnya supaya menghormati sesama manusia. Antara perkara yang harus diberikan perhatian ialah seperti menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku pembunuhan sesama sendiri, menjaga maruah di dalam masyarakat daripada segala fitnah, tuduh-menuduh dan hasad dengki, menjaga keselamatan harta benda dan sebagainya daripada kecurian, rompakan pencerobohan dan lain-lain.
Sebagai seorang Muslim kita mestilah menghormati maruah individu Muslim yang lain kerana setiap individu mempunyai hak dan tanggungjawab, seperti hak untuk dihormati oleh orang lain dan tanggungjawab untuk menghormati orang lain. Antara sebab mengapa puak Yahudi suka melakukan kezaliman terhadap umat Islam adalah dek kerana sikap tidak ambil peduli yang berlaku antara sesama umat Islam hari ini. Justeru musuh Islam berani bertindak sesuka hati menindas rakyat Palestin serta merampas tanah mereka sedangkan Israel pada hakikatnya dikelilingi negara Arab yang jumlah rakyatnya jauh lebih ramai daripada mereka. Namun malangnya mereka hanya mampu melihat kezaliman rejim Zionis ini tanpa mampu untuk berbuat apa-apa.
Sebetulnya umat Islam harus hidup sepertimana yang disebut dalam pepatah Melayu cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya . Dengan perkataan lain, jika kita inginkan segala kebaikan untuk diri kita, maka kita juga ingin umat Islam lain juga menikmati kebaikan itu.
Larangan Menghina sesama muslim
Dari Abdullah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda: Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)
Huraian Hadith:
Orang yang memperhatikan keadaan manusia pada zaman ini akan dapat melihat betapa hebatnya kefasikan yang telah melanda kehidupan mereka. Ini disebabkan keadaan masing-masing sesama umat Islam tidak lagi memberi erti persaudaraan sebagaimana yang dituntut oleh agama sebaliknya mereka saling kutuk-mengutuk, memaki hamun dan ada pula yang sampai ke tahap sanggup membunuh. Lantas terjadilah perlanggaran hukum yang akhirnya mencacatkan nama baik Islam hingga Islam itu dipandang sebagai agama yang ganas dan bersifat keras. Sesungguhnya inilah perosak ummah yang menjadi duri dalam daging bagi seluruh umat Islam. Mereka hanya mengutamakan hawa nafsu dan kepentingan diri tanpa memikirkan akibat yang bakal ditanggung. Oleh itu setiap Muslim hendaklah memastikan apa jua tindakan yang dilakukannya itu tidak melanggar batasan syariat dan sekali-kali tidak menjadi fitnah pada agama kerana hal ini bukan sahaja mendatang dosa bahkan memporakperandakan kesejahteraan bersama.
Ciri-ciri munafik dan tidak amanah.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) . (Riwayat Ahmad)
Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) . (Riwayat Ahmad)
Huraian Hadith:
Pengajaran Hadith:
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.
Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.
Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.
iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.
Bersangka baik sesama muslim dan kepentingan menjaga silaturahim
Dari Ibnu Umar r.a bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Sepeninggalanku janganlah kamu kembali menjadi kafir; yang satu memenggal leher yang lain. (Bukhari)
Huraian Hadith:
Dalam kehidupan bermasyarakat hari ini, kita berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan, terutama terhadap hubungan dan perpaduan ummah. Antara cabarannya ialah pertelingkahan dan perbalahan. Pertikaian yang timbul adalah disebabkan pelbagai faktor. Islam sesungguhnya menghendaki agar keadilan mutlak ditegakkan dan kezaliman dihapuskan di mana keadilan hanya akan dapat ditegakkan jika ia berdasarkan undang-undang yang adil seperti yang ditegaskan oleh Allah dalam kebanyakan ayat al-Quran. Bagaimanapun, sekiranya undang-undang yang adil itu tidak ditadbir dengan cekap, amanah dan adil, maka keadilan undang-undang itu tidak akan dapat dinikmati, malah akan bertukar menjadi kezaliman. Oleh itu selaku umat Islam kita dikehendaki supaya mengetepikan perasaan benci, marah, dendam dan sebagainya. Yang bersalah pasti akan menerima balasannya kelak. Jika tidak di dunia, di akhirat nanti mahkamah Allah SWT yang Maha Adil akan menentukan. Oleh itu kita selaku umat Islam janganlah sekali-kali mendahului hukuman Allah SWT dengan bertindak sendiri dan tidak mengikut landasan yang betul. Hidup ini mestilah berbaik-baik dan bermaaf-maafan, eratkan hubungan kasih sayang dan elakkan persengketaan serta sentiasalah bersangka baik di antara satu sama lain.
Dalam kehidupan bermasyarakat hari ini, kita berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan, terutama terhadap hubungan dan perpaduan ummah. Antara cabarannya ialah pertelingkahan dan perbalahan. Pertikaian yang timbul adalah disebabkan pelbagai faktor. Islam sesungguhnya menghendaki agar keadilan mutlak ditegakkan dan kezaliman dihapuskan di mana keadilan hanya akan dapat ditegakkan jika ia berdasarkan undang-undang yang adil seperti yang ditegaskan oleh Allah dalam kebanyakan ayat al-Quran. Bagaimanapun, sekiranya undang-undang yang adil itu tidak ditadbir dengan cekap, amanah dan adil, maka keadilan undang-undang itu tidak akan dapat dinikmati, malah akan bertukar menjadi kezaliman. Oleh itu selaku umat Islam kita dikehendaki supaya mengetepikan perasaan benci, marah, dendam dan sebagainya. Yang bersalah pasti akan menerima balasannya kelak. Jika tidak di dunia, di akhirat nanti mahkamah Allah SWT yang Maha Adil akan menentukan. Oleh itu kita selaku umat Islam janganlah sekali-kali mendahului hukuman Allah SWT dengan bertindak sendiri dan tidak mengikut landasan yang betul. Hidup ini mestilah berbaik-baik dan bermaaf-maafan, eratkan hubungan kasih sayang dan elakkan persengketaan serta sentiasalah bersangka baik di antara satu sama lain.
************************
inilah sedikit ilmu yang acik mampu sampaikan pada hari ini..semoga berguna untuk kita semua..insyaALLAH..amin..
semua hadis serta penerangan ini acik cari di http://www.islam.gov.my/
sekian.
Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat.
10 Carta Dosa
Reviewed by sukses
on
05.28
Rating:
Tidak ada komentar: