Amalan Sunnah Sebelum Tidur
Amalan Sunnah Sebelum Tidur:
1 ) Bersihkan Tempat Tidur
2 ) Letak Tangan Kanan Di Bawah Pipi Kanan Ketika Tidur
3 ) Tutup Bekas Air yang terbuka Walau dengan Sebatang Kayu
Banyak amalan sunnah yang diajar oleh Junjungan besar Nabi Muhammad SAW kepada kita. Namun ini sebahagian amalan yang boleh dikongsi sebelum mata saya terlelap.
1 ) Nabi SAW memberi peringatan agar dibersihkan tempat tidur kita. Ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :
” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.”\
Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.
2 ) Jika hendak baring tidur, banyak caranya. Antaranya yang disunnahkan adalah dengan meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan Ketika Tidur
Imam an-Nasai’e dengan sanad yang sahih, juga disebut oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad dan dihurai panjang oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari meriwayatkan dari al-Barra’ :
” Apabila Nabi SAW hendak tidur malam, beliau meletakkan tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan lalu berdoa : Ya Allah, lindungilah aku dari azabMu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hambaMu”.
3 ) Menutup bekas air yang terbuka
Kita disarankan menutup bekas air yang terbuka. Walaupun dengan sebatang kayu. Ini dijelaskan oleh Imam Muslim bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
“Tutuplah semua bejana dan ikatlah kantung-kantung penyimpan air. Kerana sesungguhnya, dalam setahun terdapat satu malam (yang saat itu) diturunkan wabak penyakit ke dalam bejana. Tidaklah wabak itu mengenai bejana yang ditutupi atau kantung-kantung penyimpan air yang tidak diikat, melainkan wabak penyakit masuk kedalamnya”
Dalam satu riwayat lagi menerangkan ” Jika tidak mendapatkan sesuatu untuk menutupi bejana kalian, melainkan menggunakan kayu, lalu kamu membaca basmalah, maka lakukanlah.”
Imam Ibnu Qayyim dalam Zaad al-Maad menghuraikan maksud walaupun dengan kayu adalah berkemungkinan jika terdapat binatang yang terjatuh boleh terhalang dengan kayu tersebut dan boleh juga serangga itu berjalan diatas kayu yang diletakkan.
Okay…Sunnah yang simple untuk malam ini…bersama Kita amalkan…Wassalam
gambar hiasan dari incik google |
sumber : Imam Muda Asyraf Official site
Amalan Sunnah Sebelum Tidur
Reviewed by sukses
on
05.28
Rating:
Tidak ada komentar: