Top Ad unit 728 × 90

BREAKING NEWS

PARENTING

Jangan Cetek Akal Sangat Pasal DP Coklat

Jangan Cetek Akal Sangat Pasal DP Coklat:

Assalamualaikum...

Bukan kita yg mogok lapar...
Bukan kita yg ditutupkan mata...
Bukan kita yg menjadi banduan...
Bukan kita yg menerima pelbagai seksaan dan kekejaman zionis Dan sebagainya....

Jadi, kenapa kita boleh terpengaruh dengan satu dakwaan bahawa kalau kita guna DP berwarna coklat dan tutup mata itu bermakna kita menutup mata terhadap kekejaman Zionis?
Adakah bermakna, kalau kita guna DP berwarna coklat itu bermakna kita adalah banduan, sedangkan kita sedang bersenang lenang melayari Facebook dan melakukan kerja2 rutin yg sudah tentu perbuatan itu menunjukkn kita bukanlah seorang banduan?

Bahkan mereka yakni banduan yg terdiri drpd rakyat Palestin, merekalah yang diseksa sambil ditutup mata mereka, dipakaikan baju khas yang ditandakan pada baju itu tulisan Hebrew yang bermaksud Perkhidmatan Penjara Israel...

Mereka memerlukan perhatian seluruh dunia dengan tindakan mereka melakukan mogok lapar, dan itupun kita tahu selepas Hari Nakbah 15 Mei yang lalu. Itupun baru kita tahu, hari itu adalah ulang tahun ke 64 hari Nakbah?

Berapa ramai yang baru mengetahui rupanya ramai banduan yang sudah mogok lapar selama lebih 2 bulan sebelum mulanya kempen sokongan terhadap menentang penindasan Zionis terhadap saudara seIslam kita di Palestin? Itupun sekadar menukar gambar DP...

Kalau diiukutkan, apa nak kecoh. Hanya tukar DP!
Tapi berapa ramai yang ambil cakna tentang rakyat Palestin.
Berapa ramai yg melupakan mereka, sedang mereka sedang bertarung nyawa dan terancam nyawa mereka bila2 masa di tanah sendiri?
Ok, 15 mei dah berlaku untuk sesi 2012.
Selepas itu muncul pula dakwaan seperti yang telah dicatatkan di dalam poster di atas. Itu adalah dakwaan negatif yang boleh menyekat kempen tersebut.

Padahal mereka tidak tahu apa perkara sebenar, apa objektif kita, dan sebenarnya mereka tidak sedar, apa lagi yang boleh kita buat melainkan berdoa dan berserah kepada Allah, dengan hanya mengeluarkan 'suara' satu dunia hy dengan memberi sokongan iaitu sekadar menukar DP!
Ya, tak wajib tukar pun.

Kerana doa lebih penting, tetapi kita selalu lupa, doa perlulah disertakan dengan usaha. Ingatlah, kita berdoa, dan melakukan sesuatu untuk dijadikan sebab, tetapi kita bukan bergantung kepada sebab melainkan bergantung kepada Allah s.w.t semata2, dan sepanjang perjalanan menjalankan asbab itulah kita berdoa semoga usaha yang sedang kita lakukan akan berjaya...

Usaha kita kecil, tetapi berapa banyak usaha kecil yang membawa kepada kejayaan yang besar dengan izin Allah?
Salahkah berusaha sedikit, dan jangan mencemuh usaha yang kecil?
Sedang sesuatu kempen diseru kepda umat Islam untuk menyokong dan membantu untuk menentang dan mendesak puak2 yang zalim, mengapa terdapat pula umat islam yang lain mencemuh dan memperlekeh usaha yang kecil bagi setiap orang?

Renung2kan...
Kalau taknak sokong, takpe..tak wajib pun...
Tapi jangan keluarkan statement2 yang menghalang kempen ini berlangsung dengan jayanya. Kita tahu, mereka yang menyekat sebarang sokongan daripada umat Islam itu sama seperti zionis yang sentiasa menyekat sokongan satu dunia untuk menentang zionis sendiri. Mereka bimbang dan gentar apabila kita semua bersatu. Oleh itu, muncullah statement2 yang mengatakan perkara yang negatif tentang kempen ini.

Sedihnya, sudah berapa ramai yang share stement tersebut, dan terus menukar gambar dp padahal palestin memerlukan sokongan ramai untuk mendesak zionis... Jangan kita jadi agen mereka untuk menyekat sebarang sokongan daripada umat islam.
Janganlah apabila datangnya sesuatu daripada Islam, kita jadikan ia double standard. Ok?
Wallahualam...

Bukan marah, nasihat jer... Hehe..
[Note: Tukar DP tak wajib pun. Tapi jangan marah kalau ade orang tukar DP. Itu hak mereka. Masing-masing berhak memberi
sokongan yang perlu meskipun ia sekecil-kecil perjuangan. Dan yang penting, jangan terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan negatif mengenai kempen ini. Kita semua dah besar kan? Hehehe.. >
Jangan Cetek Akal Sangat Pasal DP Coklat Reviewed by sukses on 10.35 Rating: 5

Tidak ada komentar:

All Rights Reserved by RENUNGAN INSPIRASI DAN MOTIVASI © 2014 - 2015
powered by Blogger

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.